Skip to main content
SOP foods - chung hua

MIRI: Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB) menyumbang sebanyak 20 karton minyak masak Merris 2KG kepada SMK Chung Hua untuk menjayakan aktiviti jualan amal sekolah yang diadakan pada 28 Ogos ini.

Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Operasi Eric Kiu kepada sekolah di pejabat SOPB kelmarin.

Minyak masak Merris SOPB adalah keluaran tempatan di kilang penapis SOPB dengan kelapa sawit dituai segar 100 peratus di Sarawak.

Dengan memiliki perakuan ISO 22000, ia bebas kolesterol dan mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi untuk melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas.

Sumbangan merupakan program tanggungjawab sosial korporat (SCR) syarikat kepada masyarakat setempat.

Aktiviti jualan amal sekolah akan diadakan bermula jam 8 pagi hingga 1 petang di perkarangan sekolah dan terbuka untuk orang awam. KAPIT: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi Program Mesra Rakyat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi pembinaan dua balai raya untuk masyarakat Cina di Kapit.

Dua dewan itu akan dibina di Kampung Cina Bletih dan satu lagi di KM3 Jalan Selirik yang kini dalam proses pembinaan dengan peruntukan sebanyak RM0.5 juta setiap satu.

Menurut Pengerusi JKKK Kampung Cina Bletih Kapitan Yap Hui Le, pembinaan dewan itu amat perlu bagi penganjuran pelbagai aktiviti penduduk kampung.

“Dewan ini akan digunakan bagi penduduk berkumpul serta menganjurkan aktiviti sukan dan rekreasi, termasuk bagi menganjurkan majlis perkahwinan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Foochow Kapit, Sii Bang Ee memberitahu, dewan masyarakat itu akan dibina atas sebidang tanah milik persatuan di KM3 Jalan Selirik, bertentangan Tanah Perkuburan Foochow.

Dewan itu katanya, akan digunakan oleh penduduk di Jalan Selirik dan Jalan Ulu Selirik yang semakin bertambah sejak 20 tahun lepas.

“Masyarakat Foochow di Kapit amat berterima kasih kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat kerana telah meluluskan pembinaan dewan ini,” katanya.

Sehubungan itu, satu majlis penyerahan dokumen kon- trak daripada Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Daerah Kapit Karon Mapus kepada Yap dan Sii telah berlangsung petang kelmarin.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi pada awal April tahun ini telah meluluskan projek tersebut selepas menerima permohonan daripada kedua-dua pihak terbabit.

Source: Utusan Borneo